SJ ZONE

Pages

Friday, July 8, 2011

Galeria Perdana, Langkawi Island

Tempat ini mempamerkan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir b. Mohamad dan isteri Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd Ali daripada pemimpin dan negarawan dunia serta rakyat Malaysia semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ini selaras dengan pegangan Tun yang koleksi ini merupakan kepunyaan rakyat Malaysia. sebagai tanda persahabatan dari seluruh dunia, pameran ini berupaya memberikan peluang kepada para pelawat untuk mengharga keunikan dan kepelbagaian seni dan budaya.
Pameran di Galeria Perdana adalah merupakan penghargaan serta terima kasih Tun terhadap kemurahan hati semua penyumbang. Ia ertempat di Kilim, 11 kilometer dari Pekan Kuah. Ia terdiri dari 3 bangunan dua tingkat dengan senibina Timur yang dibinabersambung antara satu dengan lain. Pameran koleksi diatur mengikut tema dan jenis bahan bertujuan mewujudkan suasana harmoni dan hubungan kreatif antara nilai seni, nilai budaya dan nilai estika oleh koleksi pameran.

Waktu untuk melawat tempat ni bagi setiap hari adalah antara 8.30pagi hingga 5.30petang dan cuti sekolah / umum plak antara 8.30pagi hingga 6.00petang. Bayaran yang kami kenakan adalah rm5.00 jew..tp yg geram tu kalau nak bawak masuk n guna kamera kena tambah lagi rm2 taw..kalau xbayar kena la letak kamera kt tempat yg mereka sediakan kt luar..yg paling menarik tgk kenderaan2 milik Tun Mahathir kita ni..cntik2 n da yg unik taw..nak taw pe korang kena la g sna taw..hehehehe

No comments: