SJ ZONE

Pages

Tuesday, August 31, 2010

Adat Bercinta

Sebagai seorang gadis yang ceria, cantik dan bijak, anda pastinya tidak menilai sesuatu itu hanya berpandukan material semata-mata termasuklah dalam urusan memilih teman lelaki. Dalam kamus hidup anda tiada istilah terpesona dengan kereta, rumah besar atau wangnya. Tetapi apa yang lebih penting, si dia mampu menjadi pendamping anda seumur hidup..


Namun janganla anda tersilap! Pendamping seumur hidup bukan bererti sesiapun boleh dijadikan pilihan. Sekurang-kurangnya carilah lelaki yang punya masa depan yang cerah. Bukan super kaya pun xpe..tapi memadailah si dia mampu memberikan anda kehidupan yg baik dan sempurna. Siapa yg mahu hidup susah bukan?? Kesetiaan si dia terhadap kamu bukan sahaja menunjukkan keseriusannya tapi juga masa depannya yang bersinar. Disini as da sertakan 8 adat dalam bercinta..hehehe..


1) CEMBURU
- Cemburu itu tandanya sayang, jadi bukan satu yang luar biasalah apabila dalam bercinta wujudnya perasaan cemburu kan3..

2) BERSELISIH FAHAM
- Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pasangan bercinta. Adakalanya perselisihanlah cara untuk anda dan si dia saling mengenali antara satu sama lain.

3) PERASAAN BOSAN
- Lama bercinta perasaan bosan itu pasti akan wujud dan kerana itulah perlunya variasi dalam perhubungan agar hubungan tidak tertumpu hanya pada satu perkara sahaja.

4) HALANGAN & DUGAAN
- Dalam bercinta kalau tiada halangan bukanlah bercinta namanya tu..Jadi jangan takut pada cabaran kerana itu adalah adat dalam bercinta.

5) MASALAH MENCARI KESERASIAN
- Di besarkan dalam dunia yang berbeza jadi sudah tentulah sukar untuk mencari keserasian. Jadi adatlah dalam bercinta apabila berhadapan dengan masalah apabila mencari keserasian.

6) KEHADIRAN ORANG KETIGA
- Adatlah apabila orang bercinta, akan hadirnya orang ketiga kan. Semua ini adalah dugaan dan kerana itulah perlunya kekuatan untuk melawan kehadiran orang ketiga ni.

7) SETIAP SAAT PERLU DILAPORKAN
- Apabila bercinta setiap saat dirasakan sangat penting dan kerana itulah apabila berjauhan sekalipun anda perlu melaporkan pada si dia apa yang anda lakukan.

8) BERKONGSI
- Orang yang dilamun cinta akan berkongsi semuanya bukan sahaja waktu senang malah waktu susah juga.. Jadi jangan peliklah kalau perkongsian merupakan salah satu adat dalam bercinta.

p/s: emm bese la kan nk bercinta ni jgn la men2 coz bila melibatkan ati n perasaan ni mmg bahaya taw.. bila ia disakiti amat la pedih rasenye..maka dinasihatkan la sume berhati2 la bila nk bercinta ek..yg penting bahagia xmau sdih2 taw..kalau asyik sdih jew bcinta better tinggalkan jew la..rmai lg yang bek n sudi jd tman idup anda k..hehehehe...ni pun peringatan gak wat as..hehehe

No comments: