SJ ZONE

Pages

Wednesday, June 23, 2010

Wajarkah UPSR n PMR dimansuhkan????

Petikan dari berita harian:

Kementerian Pelajaran tunggu maklum balas pelbagai pihak

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran tidak menetapkan sebarang tempoh untuk melaksanakan cadangan memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kerana masih memerlukan masa untuk meneliti maklum balas daripada pelbagai pihak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan tidak mahu tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan membabitkan kedua-dua peperiksaan itu.

“Kementerian tidak menetapkan sebarang tempoh sama ada sebulan atau dua bulan, tetapi yang pasti kita akan mengambil masa yang sesuai kerana tidak perlu kita bergopoh dalam soal sepenting peperiksaan. Jadi bila sudah berpuas hati kita akan beritahu keputusan.

“Apa pun kita akan tunggu, apabila semua pihak sudah menyuarakan pandangan, maklumat ini akan dikumpul dan kementerian juga akan memanggil pihak yang berkepentingan dalam soal pendidikan untuk berbincang,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Datuk Kusaini Hasbullah.

Persidangan yang berlangsung selama tiga hari hingga 24 Jun itu disertai lebih 200 peserta yang mewakili Kementerian Pelajaran, KPT, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika mengulas kenyataannya sebelum ini yang mahu pakar pendidikan dan masyarakat menyatakan maklum balas mereka mengenai cadangan pemansuhan UPSR dan PMR.

Mengenai maklum balas yang diterimanya setakat ini, katanya, ia adalah baik kerana ada pihak yang bersetuju supaya kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan dan ada juga yang mahu salah satu peperiksaan itu dikekalkan.

“Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap, beliau berkata, proses lantikan dan penempatan guru akan diperkemaskan lagi dengan adanya perkongsian data antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

Muhyiddin berkata, perkongsian data itu akan membolehkan proses lantikan dilaksanakan dengan lebih cekap, pantas dan berkesan kerana calon yang lulus kursus perguruan tidak perlu lagi dilantik sebagai guru sandaran terlatih, sebaliknya boleh terus dilantik sebagai guru tetap.

Komen dari pihak pembaca berita harian:

Pembaca 1;
saya berharap agar KPM mengekalkan UPSR dan PMR.
Alasan:
1) UPSR dan PMR menyediakan soalan yang selaras bagi seluruh negeri. Soalan yang dikawal keselamatannya (sebelum, sewaktu dan selepas peperiksaan berlangsung).
2) Memudahkan pelajar dari sekolah berasingan untuk membandingkan keupayaan mereka dalam mata pelajaran yang diduduki.
3) UPSR dan PMR penting agar pelajar tidak lalai dalam tempoh pembelajaran.
Contohnya, pelajar sekolah rendah akan berusaha untuk UPSR. Usaha akan diteruskan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR. Bayangkan jika PMR dihapus, hanya pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja yang berusaha untuk SPM. Kemungkinan pelajar tingkatan 1,2 dan 3 masih belum merasa bahang peperiksaan awam.

Pembaca 2;
adik-adik kecil belajar dan bersaing scara sihat tok mendapatkan yang terbaik..sekiranya upsr & pmr dimansuhkan mereka belajar tanpa ada matlamat yang sebenar..adakah kita ingin membuat kajian seperti mana pembelajaran sains & matematik dalm bahasa inggeris?sejauh manakah misi ini boleh berjaya?pikirkanlah...

Pembaca 3;
Tidak setuju, lihat sahaja pelajar tkt.4, jika tiada peperiksaan penting para pelajar lebih 'relex' kerana menganggap SPM masih jauh dan sempat belajar disaat akhir.

Pembaca 4;
Peperiksaan UPSR perlu diteruskan ini adalah untuk mengukur tahap pendidikan Murid diperingkat sekolah Rendah untuk memantapkan kualiti pendidikan diperingkat sekolah menengah.

Pembaca 5;
Setuju UPSR dihapuskan diganti dengan ujian khas ke asrama penuh bagi yang berminat kerana sistem pendidikan kanak-kanak lebih kepada membina kreativiti, kecergasan dan tidak perlu terikat dengan peperiksaan. Tidak setuju PMR dihapuskan kerana pelajar telah matang dan boleh menentukan aliran yang patut dipilih nanti.

Pembaca 6;
Sebagai Ibubapa tidak setuju kerana peperiksaan UPSR dan PMR adalah ukuran pencapaian cemerlang pelajar.

Pembaca 7;
Memang xsetuju dimansuhkan tetapi kalau dinaiktarafkan saya setuju:)

Pembaca 8;
tidak setuju peperiksaan penting dimansuhkan. seharusnya adakan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu pendidikan murid-murid.

Pembaca 9;
Syabas Kerajaan M'sia! sentiasa prihatin & berusaha meningkatkan Qlty Pddkn di M'sia. Tetapi jgn dilupa visi & misi serta FPN...

Komen as :"As xstuju sbb upsr adalah exam akhir utk dak sek rendah..kalu dema xda exam ni dema xkan taw thp pembelajaran n kemampuan dema.skurang2nya da nya exam ni akan menaikkan semangat mereka utk belajo n berusaha lebih lg utk memperolehi kptsan yg sgt cmerlang..ni dpt mengembirakan para ibu bapa kan..n utk pmr plak sgt penting spya pelajar thu ke mna arah tuju mreka samada ke aliran sains, sastera or teknikal.as arap pihak pendidikan akan pertimbangkan ia smula.just fikirkan cra yg lbih efektif lg.agar ia boleh dimanfaatkan oleh kesemua rakyat m'sia.bg melahirkan generasi yang hebat"

No comments: